Yeah yeah nak gi sekolah

August 22nd, 2008 by zuraalina

Ramai budak di NIE

Duduk-duduk

Ketawa-ketawa

Cakap-cakap

Tunduk baca

Tulis-tulis

Cari-cari

Cari apa?

Teruslah aku mencari

agar tercapai akhirnya

Cinta

August 13th, 2007 by zuraalina

Cinta tetap cinta, walau hanya seketika

Cinta tetap cinta, walau hanya berdiam sahaja

Cinta tetap cinta, walau hanya sepatah kata

Cinta tetap cinta, walau tiada tahu siapa orangnya

Cinta tetap cinta, walau hanya sementara

Cinta tetap cinta

Cinta tetap cinta, walau hanya kau dan aku

Parents-Teacher Conferencing

August 13th, 2007 by zuraalina

Duduk duduk

Ketawa ketawa

Ngadap mengadap

Pening kepala

Anak tak boleh baca

Dahi berkerut

Wajah sedih

Menangis

Mengadu nasib

Susah mencari rezeki

Mencari…

Terus tercari-cari

Suami entah ke mana pergi

Anak dara mabuk kepayang

Si teruna terlari-lari mencari identiti

Kau

Masih menabur harapan

Agar anak membelai impian

Usaha tidak serupa kata-kata

Kata-kata hanya kata-kata

Komat-kamit mengeluarkan bunyi

Langsung tidak bererti

Pulang ke sarang

Tidak tergesa

Tersengih-sengih

Hakikatnya seperti

Mencurahkan air di daun keladi

B.O.D.O.H

August 3rd, 2007 by zuraalina

Kau jangan buat kecoh.

Buat apa kecoh-kocoh

Nak semua orang tahu

Melayu bodoh

Cikgu kata aku malas.

Biar padan telinga dipulas

Biar cikgu puas

Aku mengiyakan

Saya cikgu, aku malas

Cikgu tanya aku jadi bingung

Kira punya kira mata sampai serong

Mak murung

Bapak jadi jerung

Biar aku tanggung

Jadi bodoh sombong

Kawan kata aku kecut

Tidak! Aku tak takut

Mari sini biar aku tumbuk

Koyak muka tinggal parut

Bila orang ghairah berbincang

Aku syok tidur

Bila cikgu sibuk mengajar

Aku sibuk memuja

Gadis pilihan hati kesukma

Aku takut nak berdiri

Aku takut nak mengakui

Jangan buat kecoh

Buat apa nak kecoh-kecoh

Nak semua orang tahu

Aku bodoh?

Kudos to Miss F

June 14th, 2007 by zuraalina

Ini bukan entry aku.. Aku terbaca entry kawan aku yang kandunganya ada kene mengena dengan seorang hamba Allah ini. Very interesting. Jadi aku cut copy and paste.. Kudos to the writer.. Sangat baik dari segala aspek kesusasteraan. Kalau ada award, hang nak kasi sama lu.. Miss F.. Now, here it goes..

**********************************************************************************

Ini adalah cerita benar.

Sabtu yang baru berlalu itu, aku telah menemani temanku ke NIE. Ada Peraduan Bidai. Diari Maya aku pada kali ini bukanlah mengenai Peraduan Bidai, tetapi mengenai seorang guru. Dia merupakan senior aku, seorang lelaki, Cikgu EZ lah namanya. Dia merupakan seorang penyajak yang mapan, mengajar di sebuah sekolah daerah timur dan walaupun agak masih hijau dalam dunia pendidikan ini, dia sudah pun dinobatkan sebagai Ketua Subjek. Kalau kamu semua sangkakan aku ini iri hati dengan pencapaiannya, kamu semua tersalah sangka. Aku tidak kisahlah. Lagipun dia mengajar di sekolah rendah, jadi kemungkinan besar tidaklah pula kita akan bertemu di perhimpunan kluster.

Jadi apa masalahnya ini Minah Sewel? Baik. Alkisahnya, dia pernah mempermainkan hati kawanku. Jantan keparat! Tidak hairanlah kerana dia seorang penyajak, bibir ditanam tebu. (Harus diingat, dia sekadar seorang penyajak, bukan sasterawan ok?) Pada akhir Peraduan Bidai itu, aku beserta temanku beratur untuk ‘memungut’ anak-anak kambing, oppsss… anak-anak murid temanku itu. Kami berdiri dua giliran di belakang Cikgu EZ. Dia pula berbual kuat-kuat dengan guru-guru yang berada berdekatannya. Antara komennya ialah: " Kau tengok itu. Uniform diorang kaler kuning. Jangan otak kuning sudah. Tie diorg nasib baik tak kaler purple."

Komennya bernas? Guru lelaki di belakangnya buat bodoh sahaja. guru wanita semua ketawa terkekek-kekek, terhenjut-henjut badan, tergoncang-goncang buah dada seolah-olah itulah Jenaka Of The Year yang pernah dia dengar. Aku pula masih boleh bertenang walaupun aku rasakan yang dipertuan Cikgu EZ ini seolah-olah menghina budak-budak yang tidak berdosa itu. Tambahan pula, kalau murid-murid yang berada di sekitarnya itu lihat dan dengar, mungkin akan rasakan perbuatan menghina orang lain di khalayak ramai itu sesuatu yang mereka boleh anuti dan ikuti. (Cikgu itu buat boleh!)

Kemudian, dia membuat lawak-lawak ’sensasi’ lainnya yang membuat guru-guru wanita itu sekali lagi, ‘terkekek-kekek, terhenjut-henjut badan dan tergoncang-goncang buah dada mereka’. Lawaknya semua mengutuk orang lain, khususnya penganjur Peraduan Bidai. Adalah kekhilafan mereka sedikit, tetapi tidaklah sampai harus dihina sebegitu. Contohnya, guru harus beratur sebelum anak-anak murid dibenarkan keluar dari dewan.

Terakhir sekali, bila dia sudah berada di hadapan, yang dipertuan cikgu EZ mengajukan soalan cepu emas kepada pihak penganjur, yang merupakan guru-guru pelatih NIE. Soalannya ialah, " Siapa yang buat kerja tak bermanfaat ini?" Guru-guru pelatih itu semua terkejut. Mungkin terkejut melihat kekasaran dan kebiadapan soalan itu, dan lebih terkejut melihat bahawa seorang GURU yang menjadi penyoal tersebut.

Pandangan aku?

1) Dia mungkin seorang terpelajar, tetapi di mata aku dan ramai lagi yang tidak ‘terkekek-kekek, terhenjut-henjut badan dan tergoncang-goncang buah dada’ tatkala dia cuba sedaya-upaya untuk berlawak jenaka itu, dia seorang yang kurang ajar.

2) Alhamdulillah dia disingkirkan dari ASAS. Kalau tidak, bukan sekadar busuk, malah bernanah dan berkahak lah nama murni seorang sasterawan. Aku tidak dapat bayangkan Pak Arif, Arwah Masuri S.N dan ramai lagi berkelakuan begitu. (Mungkin juga Darwin terpandang Cikgu EZ ketika melakar teori asal-usul manusia.)

3) Kita sebagai orang yang melihat sesuatu kemungkaran ataupun kejahatan itu perlulah menekannya sehingga mati bak menindas semut-semut api yang merayap di pinggan kita. Itukan kewajipan kita. Kalau tidak terlarat itu, janganlah memberi sokongan kepada perkara-perkara tersebut. Apakah kita mahu menjadi peniup api bara?